Minggu, 01 Mei 2016

PELIWAT TERIMA PELAWAT "THREE SIXTY"!!!


PELIWAT TERIMA PELAWAT "THREE SIXTY"!!!
Fuh!!! Ni dah kira habis 'Tonggang Terbalik' ni. Sampai tahap 360 dibuatnya. Mujur la bukan 360 darjah. Kalau tidak, memang sah dah tonggang tertonggeng dikerjakan dek Si Ketua Penipu tu.

Dengar katanya, selama Si Ketua Penipu tu meringkuk kat dalam penjara, dia telah diberikan kebenaran untuk mengadakan pertemuan dan perjumpaan bersama pelbagai pihak.

Dan adalah dilaporkan bahawa jumlah keseluruhan pelawat yang diterima oleh Si Ketua Penipu tu sepanjang lebih dari dari 365 hari adalah seramai 360 orang. Diulangi, TIGA RATUS ENAM PULUH!!!
KUALA LUMPUR- Datuk Seri Anwar Ibrahim telah dibenarkan mengadakan 360 perjumpaan dengan pelbagai pihak sehingga 13 Mac, sejak menjalani hukuman penjara di Penjara Sungai Buloh pada Februari 2015.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi ketika menggulung perbahasan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong, pada persidangan Dewan Rakyat hari ini, berkata sebanyak 152 perjumpaan yang melibatkan tujuan rawatan kesihatan telah diadakan di Penjara Sungai Buloh.

Sembilan lagi rawatan telah dibuat di Hospital Kuala Lumpur.

Anwar juga dibenarkan mengadakan perjumpaan dengan keluarganya sebanyak 19 kali di penjara dan 13 kali di hospital, 18 perjumpaan dengan peguam serta 33 dengan pakar psikologi.
Kalau nak dikirakan secara purata, boleh dikatakan bahawa Si Ketua Peipu tu telah menerima pelawat seramai sorang sehari! Mana ada banduan lain dapat keistimewaan sedemikian rupa.

Itu pun masih lagi puak - puak Pakatan Haprak dari kalangan PKR tu nak buat dakwaan kononnya Si Ketua Penipu tu telah dizalimi sepanjang dia duduk meringkuk kat dalam penjara?

Pun masih lagi peguam Si Ketua Penipu tu nak mempertikaikan tindakan yang diambil oleh pihak Jabatan Penjara untuk menghadkan perjumpaan dan pertemuan yang diberikan sebelum ini?

Apa yang jelas, keistimewaan yang diterima oleh Si Ketua Penipu tu sepanjang dia menjalani hukuman adalah cukup 'Luar Biasa' dan membuktikan bahawa dia bukan sekadar seorang banduan biasa. Itu pun masih lagi diorang nak anggap dia sebagai seorang Tahanan Politik!!!

PS: Mujur la yang datang berjumpa dengan Si Ketua Penipu tu dipanggil 'Pelawat'. Kalau diorang digelarkan sebagai 'Peliwat', haru juga dibuatnya!!! Hehehe...

t; GUAN ENG MENGGELUPOR BIAWAK!!!

Murah bunga low
Hehehe!!! Makin diselak, makin terserlah pulak ke-BODOH-an Si Lim Guan Eng ni. Bahkan, ke-BODOH-an dia tu membuatkan isu pembelian rumah mewah 'Terlajak Murah' tu semakin menjadi hangat.

Kali ini, ianya berkaitan dengan bukti harga sebenar pasaran bagi kediaman disekitar kawasan perumahan tersebut. Bukti pendedahan itu mula tersebar didalam laman media sosial sejak semalam.

Menurut Dr MIM, difahamkan bahawa harga pasaran untuk banglo di Jalan Pinhorn ini pada tahun 2015 adalah lebih daripada RM4 juta seperti dalam dokumen di bawah yang viral di dalam media sosial.
Yang amat mengejutkan ialah setelah beberapa kenyataan akhbar yang dikeluarkan tentang bungalow "Terlajak Murah" ni, tiba-tiba je Si Lim Guan Eng tu buat 'pengakuan' bahawa RM2.8 juta itu adalah nilai banglo itu pada tahun 2012.

Masa tahun 2012, dia tau pulak harga pasaran? Kenapa pada tahun 2015, Si Guan Eng tu kata dia tak tau? Kan nampak sangat 'Tak Masuk Akal' alasan yang cuba diberikan oleh Si Guan Eng tu?

Dan yang lebih tak masuk akal ialah kenyataan Si Guan Eng yang seterusnya. Ketika ditanya sama ada beliau tahu bahawa rumah itu dibeli di bawah harga pasaran, Lim berkata dia bukan seorang ejen hartanah.

Soalnya, Si Lim Guan Eng DAP ni bukan sahaja Ketua Menteri tetapi dia juga memegang potfolio Hal Ehwal Tanah dan Pembangunan Tanah dan turut merupakan seorang akauntan bertauliah.

Apa logiknya Si Lim Guan Eng tu kata dia tak tau atau saja buat tak tau tentang harga pasaran rumah apabila dia mahu membeli banglo mewah itu? Di manakah rasionalnya alasan yang diberikan?

Apa yang jelas, setiap alasan yang diberikan oleh Si Guan Eng tu bukan hanya sekadar dianggap 'Tak Masuk Akal'. Tetapi sebaliknya, ia membuktikan ke-BODOH-an dirinya sendiri.

Pokok pangkalnya, "Taichi Kuntaw" yang sedang dilakukan oleh Si Guan Eng ni hanya membuktikan yang dia sedang 'Menggelupor Biawak' dengan kontroversi pembelian rumah dibawah harga pasaran ini. Maka terpaksa la dia terus MENIPU diri dia sendiri!!!

Suapkah?- Mungkin juga Najib direman sembilan hari

.
Tahniah SPRM - Mungkin juga Najib direman sembilan hari
CATATAN SORE

Kejayaan SPRM menahan seorang pegawai kanan kerajaan yang berjawatan Setiausaha Bahagian di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) yang didakwa menyonglapkan wang menyebabkan Kerajaan kerugian RM100 juga perlu dipuji. Kejayaan itu menunjukkan kesungguhan dan komitment SPRM untuk menbenteras rasuah dan menyelamatkan negara.

Kredibiliti badan itu masih utuh dan ternyata mampu menangnai masalah sebesar itu. Kita yakin dan percaya kalau peranan dan tanggungjawab untuk rakyat dan negara tidak dihalang, lebih banyak penyamun dan penyangak dapat diberkas.

Sedihnya, ada sesetengah kes yang dikendalikan badan itu, sempat berjalan sekerat jalan. bahkan suku jalan sahaja kemudian ternokhtah kerana dihalang oleh penguasa. Barang kali SPRM boleh meyenaraikan berapa banyak kes-kes yang menerima nasib seperti itu, yang sedang dalam siasatan tetapi terpaksa dihentikan atas arahan dan kehendak pihak tertentu.

Sudah berbulan bahkan bertahun pegawai SPRM menjalani siasatan, berpenat lelah sehingga ada yang nyawa terancam dan sebagainya, apabila siasatan selesai, tidak ada apa-apa tindakan yang diambil. Paling menyedihkan dan ironis ada pula pegawai terlibat ditukar atau dimasukkan ke dalam "kolam" tidak berair.

Adakalanya pegawai SPRM sudah menjalani siasatan dan mengemukakan laporan, tetapi pendakwaanya tidak dilakukan. SPRM tidak boleh berbuat apa-apa kerana pendakwaan itu ditentukan orang lain. Ada dua kes klasik melibat dua orang menteri, siasatan sudah dibuat dan mendapati segala buktinya jelas, tetapi atas kehendak PM, ia ditolak. Kedua ekor (maaf) menteri itu masih hidup senang dan mewah.

Sikap atau kejadian beginilah menyebabkan pegawai SPRM jadi fed-up dan kecewa dan berasakan kerja mereka hanya main-main sahaja. Kesan daripada tindakan begini juga ada pegawai yang tidak lagi komited dengan tugas dan tanggungjawab mereka.

Misalnya tindakan Peguam Negara dalam kes membabitkan perdana menteri, satu-satu kes yang akan dikenang oleh SPRM dan seluruh rakyat negara ini. SPRM telah membuat siasatan berhubung kes dana RM2.6 billion dan 1MDB, apabila diserahkan laporan, Peguam Negara menutup kes berkenaan. Kes itu akan jadi kenangan yang sangat nostalgik dan akan diperkatakan sampai ke bila-bila. Mungkin seperti kes dua menteri disebut tadi.

Berbalik kepada penangkapan pegawai KBS berusia 56 tahun itu, biarlah ia menjadi satu permulaan baharu bagi badan itu. Badan itu harus diberi keperayaan dan tindakan mereka jangan digangu atau dihalang. Kalau kita benar-benar mahu benteras penyelewengan dan rasuah, SPRM hendaklah dibiarkan bergerak bebas mengikut etika dan maksud asal Suruhanjaya itu ditubuhkan.

Jangan apabila badan itu memasuki ke rumah orang-orang yang "kita kenal" atau ada bau bachang dengan kita maka kita memberi isyarat kepada pegawai SPRM "agar berhenti minum tea atau pekena nasi berlakuk". Dan para berjois politik dari pemerintan pula jangan jadikan kes rasuah sebagai batu loncatan atau pun modal untuk mendapat sokongan daripada pesalah itu.

Dan untuk tugasan SPRM di KBS itu kita hamba rakyat patut angkat tabik kepada SPRM, bukan sekali atau dua tetapi 100 kali. Ia satu kerja yang cukup baik dan mulia, Operasi Tiris itu telah menyelamatkan wang negara daripada ribuan jutaan lagi dikaut lelaki berkenaan atau sama species dengannya. Bayangkan kalau tektik licit dan jahat itu tidak dihalang entah berapa banyak lagi wang rakyat diselewengkan?

Kejadian di KBS itu juga membuka mata banyak pihak. Bahawa rasuah kolor berputih berleluasa. Kini sudah ada arahan daripada KSU, agar semua prosuder kewangan di semua kementerian dikaji dan disemak balik. Ada yang cadang agar ditubuhkan Jawatankuasa Khas untuk memastikan ketirisan sebegitu tidak berlaku lagi dengan mengkaji semula sistem kewangan.

Dan yang patut terkesan juga dengan kejayaan SPRM itu ialah kepada Menteri KBS, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan juga Najib Razak sendiri. Mungkin ia menyedarkan Khairy kerana terlalu leka di luar menyebabkan lupa untuk memerhati pentadbiran, urusan kewangan dalam kementeriannya. Urusan pembayaran yang dibuat terhadap tuntutan palsu yang dilakukan lelaki itu tidak membabitkan kelulusan KSU dan sebagainya seperti mana disebut Khairy, ia bukan alasan.

Dan kepada Najib pula, iktibar yang boleh diambil daripada penangkapan SUB di KBS itu, bahawa kalau SPRM tidak diganggu dan diancaman semasa menyiasat kes membabitkan dia, mungkin dia juga ditangkap SPRM dan direman sembilan hari. [wm.kl.3:16 pm 22/03/16]